Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bagi menjayakan acara Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 (SCKLM 2017), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup sementara bermula 1.30 pagi sehingga 10.30 pagi pada 21 Mei 2017 (Ahad).

Oleh yang demikian orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi memudahkan perjalanan.

Bagi tujuan pemantauan keselamatan orang awam, pihak penganjur akan menempatkan anggota pasukan keselamatan di laluan yang terlibat.

Pihak penganjur juga akan membuat kerja-kerja pemasangan notis pemberitahuan kepada pengguna sebelum tarikh penganjuran berlangsung.

Pihak AKLEH memohon kerjasama orang ramai agar mematuhi semua panduan keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter – AKLEHtrafik.

Sebarang maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Lihat Komen
ADS