Cerita polis bertindak ganas dan mendera tahanan bukan perkara baru. Tiada siapa tidak tahu yang polis selalu buat kerja tidak senonoh. Bacalah di akhbar setiap hari, sentiasa ada aduan tentang salah laku polis.
Masalahnya sekarang ialah kerajaan sendiri yang tidak tegas dan berlengah-lengah dalam mengambil tindakan. Kerajaan membiarkan polis melakukan sesuka hati.
Pak Lah patut pecat Ketua Polis Negara kerana beliau sepatutnya bertindak proaktif dalam membersihkan pasukan polis.
Apabila ada pegawai atasan kena "pancung", barulah anggota bawahan akan sedar dan takut. Pemimpin-pemimpin kita sepatutnya berasa malu jika organisasi yang diketuainya membuat onar atau skandal.
Pemimpin negara ini patut mencontohi pemimpin negara lain yang meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah di jabatan atau organisasi mereka.
Selagi sikap pemimpin tidak berubah dan selagi kerajaan tidak tegas, selama itulah Malaysia tidak akan bersih.
