• Wanita bogel: Bukan soal perkauman
  • Ali Bukhari Amir
  • 1134723207
  • Kes wanita dibogel dan ketuk ketampi dalam lokap polis semakin memeningkan. Kini ada yang berbalah pula tentang ras wanita itu sama ada dia Melayu atau China. Pada hemat saya, ia bukan soal ras keturunan. Tetapi, persoalan maruah seorang manusia.

    Adakah dengan mengetahui bahawa wanita itu sebenarnya Melayu, justeru kita sudah boleh menarik nafas lega kerana ini bererti hubungan Kuala Lumpur-Beijing akan pulih?

    Tentunya kalau dari awal lagi diketahui wanita itu Melayu, secara logiknya, mungkin gelisah orang-orang tertentu tidaklah sehebat ini, kerana ia tidak membabitkan antara negara, sebaliknya isu dalaman sahaja yang boleh diketepikan sambil menunggu akhbar mencipta isu-isu baru sehingga khalayak melupakannya secara perlahan.

    Jadi, kita kecoh dan marah-marah selama ini kerana apa? Atas nama mahu menjaga nama baik negara? Supaya rakyat negara luar khususnya China tidak memandang serong lagi kepada kita?

    Jika begitu tujuannya, amat malang nasib seluruh wanita. Kerana apabila diketahui bangsa mereka, maka longgarlah semula ikatan gelisah orang-orang tertentu selama ini.

    Siasat tetap siasat. Jangan ambil peduli bangsa apa. Seorang wanita telah didera dan saat ini bukan masanya untuk menyoal; atas jenayah apa wanita itu ditangkap polis, apa bangsanya?

    Apa yang lebih bermakna ialah menyoal terus polis termasuk seluruh pentadbiran polis itu sendiri. Harus diingat, bahawa suasana persekitaran polis itulah yang menyebabkan para pegawainya bertindak sedemikian.

    Satu lagi yang perlu diingat, kerja merakan gambar secara curi itu ke atas wanita berbogel itu boleh berlaku di mana-mana dan tidak semestinya seorang polis berbuat demikian.

    Kejadian yang sama boleh berlaku di hotel atau mana-mana tempat penginapan atau tandas awam. Moralnya, pihak berkuasa dan orang awam perlu berjaga-jaga.
    • PM must wake up from bliss of denial
    • Ear-squat woman: Noh misled gov�t
    • Nude squat scandal: Why hold the ears?
    • Damning public perception of the police
    • A case of rights, not race
    • Not another commission of inquiry
    • Video scandal: Ramli Ngah Talib should quit
    • Police abuse: No more room for nonsense
    • Public must be able to trust law enforcers
    • Police power has corrupted absolutely
    • Arrest, detention doesn�t presume guilt
    • Video scandal: Special inquiry pointless
    • Nude ear-squats - it�s clear that things are unclear
    • Chance for police to win hearts, minds
    • Seven steps towards police redemption
    • Police SOPs of past unacceptable nowadays