Kenaikan minyak oleh kerajaan adalah disebabkan rasuah yang membelengu mereka. Cuba kita fikirkan jika setiap projek kerajaan, para pegawi yang meluluskan setiap projek meminta 5%-10% duit 'under table'. Wang imbuhan ini sebenarnya akan dimasukkan oleh peniaga- peniaga yang akan diberikan projek tersebut.
Katakan jumlah projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bernilai RM150 billion (anggaran), maka jumlah rasuah merupakan satu angka yang amat besar. Tidak menghairankan jikalau setiap projek di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 telahpun ditanda dengan nama-nama syarikat atau individu yang akan mendapat projek tersebut.
Wang rasuah adalah lebih besar dari nilai subsidi minyak. Jadi apa yang perlu ditukar di sini adalah kerajaan BN dan bukannya cara hidup rakyat.
Oleh itu saya berseru pada seluruh rakyat Malaysia supaya kerajaan BN dijatuhkan di negeri-negeri terutamanya dimana pembangkangnya kuat seperi di Perlis, Kedah, Kelantan, Trengganu dan Sabah. Kerajaan BN yang ada hari ini adalah satu kerajaan yang korup dan bankrup. Setiap parti pembangkang dan badan-badan NGO patut bergabung tenaga menjatuhkan kerajaan yang gagal mementingkan rakyat dan hanya mementingkan tembolok masing-masing.
