Kini kita terpaksa menanggung beban kenaikan harga petroleum. Sedarkan kita sebenarnya terlalu banyak beban kewangan kerajaan berpunca dari kesilapan segelintir manusia, bukannya kesalahan arakyat?
Tetapi kini rakyat yang menanggung beban apabila subsidi minyak dikurangkan.
Pertama sekali krisis kewangan MAS yang telah mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005.
Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 juta sebab terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat telekom German iaitu Deutsche Telekom. Ganti rugi terpaksa dibayar kerana Telekom Malaysia gagal merangka sebuah kontrak yang baik.
Untuk menutup semua pelesapan atau kehilangan wang-wang yang banyak ini, sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.
