Kenaikan minyak di Malaysia adalah disebabkan oleh sebab berikut:
- Rasuah kerajaan
Oleh itu, kenaikan minyak adalah disebabkan oleh salahguna wang rakyat dan rasuah bagi projek-projek gajah putih yang tidak memberi sumbangan ekonomi. Semua rakyat tahu mereka yang masuk Umno adalah untuk menjadi kaya melalui salahguna kuasa dan rasuah. Cakap-cakap Pak Lah hendak melawan rasuah hanyalah cakap lidah yang tak bertulang.
Negara Malaysia ini akan bankrap disebabkan rasuah dan jika rakyat tidak jaga, lambat laun negara Malaysia ini akan terjual disebabkan rasuah.
Perbelanjaan membangun negara ini adalah mencukupi jika kerajaan tidak berasuah dan tidak menjalankan projek-projek mati yang tidak mendatangkan hasil. Kebanyakan agensi-agensi kerajaan dan negari yang dipegang oleh kepimpinan kita semuanya sakit dan boleh dikatakan tidak berdaya saing.
Ini kerana setiap projek yang dibangunkan adalah berdasarkan kepada berapa banyak duit rasuah yang boleh dibalun dan bukannya keperluan projek itu kepada rakyat. Kenaikan minyak terbaru ini telah menyebabkan golongan pertengahan menjadi miskin dan golongan miskin menjadi papa manakala golongan papa menjadi kedana.
