Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semakin susah hidup di negara ini sekarang. Terutamanya di zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini. Kalau dulu RM10 kita boleh dapat lebih kurang 10 liter petrol tetapi kini hanya lebih kurang lima liter.

Dengan ini sah atau wajib harga barang-barang keperluan asas akan naik. Makanan dan minuman di kedai tentu akan naik.

Yang lebih memeranjatkan lagi ialah harga gas untuk memasak juga telah naik daripada RM16 kepada RM21 dan ada juga sesetangah kedai yang telah mencecah RM25 setong. Maka pastinya kenaikan harga barang keperluan asas tidak dapat dielakkan.

Saya harap pihak pembangkang dan NGO dapat membangkitkan perkara ini. Diharap semua yang akan hadir pada demonstrasi hari Jumaat ini di KLCC dan jangan lupa membangkitkan tentang kenaikan harga gas memasak....

ADS