Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menurut kerajaan yang sedia ada kenaikan minyak ini dapat menjadikan rakyat berhemah dan tidak membazir dalam perbelanjaan mereka.

Ini adalah salah satu alasan yang paling 'dungu' yang pernah di berikan kepada rakyat jika kita menilai dari segi perbelanjaan rakyat yang puratanya bergaji kurang dari RM1,500. Apakah perbelanjaan berhemah yang boleh lagi dilakukan. Sila lihat contoh berikut:

Perbelanjaan (dalam carta) adalah untuk rakyat hidup sahaja iaitu makan, minum dan perbelanjaan anak-anak dan tidak termasuk lagi pakaian, insuran kenderaan, tol, buku anak-anak dan sebagainya.

Oleh itu saya rasa kerajaan lebih banyak membazir daripada rakyat. Projek-projek yang dibangunkan oleh kerajaan banyak yang tidak mengikut 'standard' dan perlu dibaiki untuk kali kedua kerana mutu yang rendah disebabkan rasuah dan projek diberikan kepada mereka yang tidak pernah berniaga atau tidak mempunyai pengalaman.

Selama ini rakyat tidak ambil peduli dengan kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan dari hasil rasuah kerana rakyat masih boleh makan, tetapi sekarang bagi mereka yang gaji dibawah RM1,500 pun baru lepas untuk makan, pakai dan rumah. Cuba bayangkan nasib mereka yang bergaji bawah RM1,000.

Gerakan membantah kenaikan harga minyak amat penting bagi menunjukkan kepada kerajaan yang mereka harus berbincang dengan rakyat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melulu menaikkan harga minyak.

Contohilah rakyat Filipina, Indonesia dan Thailand yang mempunyai kuasa rakyat. Hidup Rakyat!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS