Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merujuk kepada surat daripada Abu Mubarak bertajuk DAP's public kissing insulting .

Sekiranya saudara Abu Mubarak berasa kelakuan YB DAP itu adalah tidak sensitif kepada masyarakat Melayu, saya boleh berikan ratusan contoh kelakuan pemimpin Melayu yang menyakitkan hati masyarakat bukan-Melayu.

Saya merasa laporan Lovebirds nest at DBKL adalah sesuatu yang patut dilakukan untuk membantah kuasa yang diberikan kepada DBKL untuk membendung kelakuan moral. Apakah kelakuan moral itu boleh dinilai oleh DBKL? Adakah berpelukan dan bercium yang dilahirkan perasaan itu kelakuan moral yang salah?

Untuk menjawab perbandingan DAP dengan PAS, saya boleh katakan adalah tepat DAP meningalkan BA, malah sepatutnya tidak lagi awal. Perjuangan kedua-dua parti adalah berbeza, PAS untuk Islam, DAP untuk masyarakat majmuk Malaysia.

Adakah PAS yang mengunjung masyarakat bukan Melayu, masuk tokong, mengadakan kelas bahasa Mandarin atau melawat dirumah itu diangap 'hero'? Tidakkah saudara menganggap ini helah politik untuk mendapat sokongan masyarakat Cina?

DAP tidak perlu berbuat begitu untuk meraih sokongan kerana semuanya mengetahui perjuangan DAP lebih kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

Sila merujuk rekod pemimpin DAP dalam memperjuangan hak masyarakat Melayu di sini .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS