Pak Lah berkata langkah beliau menolak projek-projek besar yang dicadangkan oleh pentabiran dahulu adalah sebagai bukti beliau seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan rakyat dan negara.
Tindakannya bukan untuk mencari populariti tetapi untuk mengelak generasi akan datang menanggung beban hutang.
Saya ingin bertanyakan kepada Pak Lah, apakah tidakan beliau membatalkan projek jambatan bari di Selat Tebrau itu tidak membazirkan wang rakyat? Kini kita terpaksa membayar pampasan yang besar kepada kotraktor tanpa mendapat apa-apapun.
Malah tidakkan ini menunjukkan betapa tidak cermatnya pemimpin kita dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.
Adakah Pak Lah lupa bahawa beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran lama yang meluluskan projek jambatan itu dan juga projek-projek besar lain yang kini dianggap sebagai satu pembaziran. Bukankah beliaulah Perdana Menteri yang paling bertuah kerana berpeluang duduk megah di atas singgasana Putrajaya yang indah permai itu?
Jikalau beliau tidak setuju dengan projek-projek ini, kenapa beliau tidak meletakkan jawatannya sepertimana yang dilakukan oleh Musa Hitam sebagai tanda beliau tidak setuju dengan Dr. Mahathir Mohamad.
Tetapi beliau mengambil sikap atas pagar, menunggu peluang untuk menampilkan diri. Inilah sikap beliau ketika berada didalam Parti Semangat 46 dulu, lari dari prinsip perjuangan asal parti bila nampak peluang terbuka untuk menyertai Umno dengan alasan sayangkan parti Umno.
Apakah beliau benar-benar sayangkan Umno atau sayangkan karier politik beliau sendiri sehingga sanggup membelot rakan seperjuangan parti ketika itu?
Sebenarnya Pak Lah sendiri yang mengalami kompleks rendah diri kerana sentiasa dibayangi dan dibandingkan dengan Dr Mahathir. Walaupun beliau cuba mencipta identiti sendiri tetapi tidak satupun menjadi. Apa saja pendekatan beliau semuanya menjadi hambar belaka.
Sampai ke hari ini saya masih tidak faham tentang konsep Islam Hadhari yang cuba ditonjolkannya itu walaupun disogokkan dengan berbagai kempen kerajaan untuk menunjukkan betapa bijaknya idea Islam Hadhari itu.
Kalau pun Islam Hadhari itu bermaksud kepada pendekatan sederhana, itupun telah lama diwarwarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno terdahulu, cuma cogankatanya sahaja yang berbeza.
Pada hemat saya, hanya satu saja jalan yang akan mengekalkan popularitinya di mata rakyat iaitu kesediaan beliau menentang Mahathir. Pak Lah sendiri sedar betapa masih ramai yang bencikan Dr Mahathir. Inilah peluang terbaik beliau, sudah tentu beliau akan menjadi lebih popular jika beliau menjauhkan dirinya dari bayangan dan telunjuk Dr Mahathir.
Itulah cara mudah Pak Lah mencari populariti. Saya tidak yakin sama sekali kalau beliau berkata, tidak mahu menjadi popular. Pemimpin mana yang tidak mahu menjadi popular? Cuma cara mereka saja yang berbeza, ada yang melakukannya dengan cerdik dan ada pula yang kurang bijaksana.
Saya tidak mengatakan segala tidakan Mahathir itu semuanya benar belaka, tentu ada silap sana dan sini. Manusia mana yang tidak ada membuat kesilapan. Namun pemimpin yang berani adalah pemimpin yang sanggup menanggung risko untuk melakukan kesilapan apatah lagi untuk menukar minda rakyat supaya mampu melakukan sesuatu yang besar walaupun ini akan dinilai sebagai kejam dizaman hidupnya.
Saya tidak mahu menpersoal kebijaksanaan dan hak Pak Lah untuk membuat sesuatu keputusan sekarang ini, tetapi untuk mengatakan keputusan Dr.Mahathir itu adalah suatu pembaziran adalah cercaan yang amat menyedihkan. Apatah lagi ia datang dari orang yang paling kanan dengan beliau di dalam pentadbiran beliau dahulu.
Rakyat faham benar kenapa projek jambatan ini beria-ia hendak diadakan. Umum sudah tahu tambak Johor sememangnya menjadi penghalang kepada laluan kapal untuk keluar masuk ke pelabuhan Tanjung Pelepas. Pelabuhan Tanjung Pelepas semamangnya mengancam kedudukan pelabuahan Singapura yang sudah mula hilang pelanggannya kepada pelabuhan ini.
Apatah lagi tujuan Mahathir untuk menjadikan Selatan Johor sebagai gerbang perdagangan di Asia Tenggara, sudah pastinya ini akan menjejaskan ekonomi Singapura. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menuntut sesuatu untuk mengimbangi kehilangan keuntungan mereka. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk terus berbincang bagi mencari keputusan yang terbaik untuk kedua-dua negara. Bukannya mencari jalan pintas kerana takut untuk menegakkan hak kita sebagai negara yang berdaulat.
Jika Singapura sanggup berdolak-dalik demi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara mereka, kenapa kita tidak sanggup mempertahankan kepentingan negara kita sendiri?
Adakah kita mahu Singapura memikirkan bagi pihak kita baru kita hendak bersetuju mempertahankan hak kita.
Saya tidak pernah mengagap apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu satu pembaziran. Kita akui tidak semua projek Dr Mahathir itu menjadi, namun sebagai rakyat Malaysia saya tetap berbangga mempunyai seorang pemimpin sepertinya, kerana ke mana saja saya pergi, orang akan mengenali Malaysia kerana Dr Mahathir.
Dan saya beterima kasih kepada beliau kerana membuat saya merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Apabila Barat membenci beliau, itu bermakna tutur katanya memberi kesan kepada mereka sehingga memaksa mereka memberi perhatian kepada apa yang beliau katakan itu.
Malangnya rakyat negara ini sendiri yang tidak memberi perhatian kepada apa yang dikatakan oleh beliau. Memang benarlah apa yang dikatakannya dulu bahawa Melayu mudah lupa. Tidak sampaipun beberapa tahun beliau meninggalkan kuasa, Melayu sudah lupa.
Malangnya Melayu yang samalah yang menangis, menghalang dan merayu kepadanya ketika hendak meninggalkan kuasa dulu.
Melayu inilah berubah selera semata-mata kerana gilakan kuasa. Kalau sikap inilah yang ditujukkan oleh orang Melayu, tidak syak lagi satu hari nanti negara ini akan tergadai kerana tamakkan kuasa.
Sebenarnya saya malu menjadi satu bangsa yang mudah lupa, lupa akan jasa pemimpin kita yang pernah mengalirkan air mata untuk membina bangsanya sendiri. Kalau inilah yang berterusan, Pak Lah harus tahu siapakah calon yang akan saya pilih dalam pilihanraya akan datang.
