Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bercium dan berpeluk di khalayak ramai oleh bukan muhrim adalah perbuatan tidak bermoral. Merujuk kepada laporan Lovebirds nest at DBKL , ia adalah suatu yang tidak patut dilakukan oleh DAP bagi membantah kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membendung kelakuan tidak bermoral.

Ini mercerminkan pandangan cetek DAP tentang moral dan etika dalam masyarakat kita. Oleh itu adalah tepat DAP dikeluarkan daripada Barisan Alternatif. Perjuangan PAS dan DAP jelas berbeza. PAS untuk masyarakat majmuk Malaysia, DAP untuk kaum sahaja.

Adakah DAP mengunjungi masyarakat Melayu, melawat masjid dan mengadakan kelas bahasa Melayu? Lupakah kita Sami Buddha telah menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan ke tokong dan mendengar ucapannya? Sila rujuk rekod pemimpin PAS dalam memperjuangan hak masyarakat Cina di Kelantan.

Saya nasihatkan sesiapa yang mahu mengkritik PAS supaya mendapatkan fakta dan maklumat yang tepat dan benar.

ADS