Most Read
Most Commented
Read more like this

Mari kita bandingkan kedua-dua syarikat Avenue Capital Resources Berhad (syarikat yang akan diambilalih) dan ECM Libra Berhad (syarikat yang mengambilalih).

Cuba tuan-tuan dan puan-puan bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan keuntungan, saiz modal dan aset sokongan setiap saham antara kedua-dua syarikat ini.

Jelas Avenue Capital Resources lebih dari semua segi. Tetapi bukan pengurusan Avenue yang akan mengetuai syarikat baru. Selepas diambilalih, ia akan diketuai oleh pengurusan yang terdiri dari Kalimullah Hassan, Lim Kian Onn dan David Chua.

Mereka akan menguasai 22.74 peratus syarikat baru yang tergabung. Manakala pegangan kerajaan melalui kementerian kewangan (MOF) dalam syaraikat baru itu akan turun kepada 15.4 peratus daripada 29.5 peratus yang dipegangnya dalam Avenue Capital.

Modal berbayar syarikat baru itu akan naik dari RM388 juta ke RM955 juta.

Bersama dengan ECM Libra (1 peratus) dan Pantai Holdings (7.4 peratus), kumpulan tiga orang ini akan kuasai lebih 31 peratus saham syarikat baru itu. Ini tidak termasuk saham 3 peratus dalam ECM kepunyaan 'commission agent' terkenal Malaysia bernama Khairy Jamaluddin, menantu perdana menteri kita.

Beberapa persoalann perlu dijawab dari pengabungan korporat ini:

1. Kenapa Securities Commission biarkan penilaian yang salah diluluskan?

2. Kenapa Bursa Malaysia biar saja 'insider trading' berleluasa melibatkan saham ECM?

3. Kenapa Kementerian Kewangan dan EPU membenarkan penggabungan ini?

4. Kenapa tidak ada 'Mandatory General Offer'?

5. Kenapa tidak ada proses kelulusan privatisation syarikat GLC (Avenue Capital) oleh EPU?

Avenue Capital Resources akan mengadakan EGMnya pada 18 Mei untuk meluluskan skim ini. Mari kita sama-sama hentikan kelulusan ini. Selamatkan harta kerajaan dari dibolot oleh Kalimullah dan rakan-rakan.

ADS