Saya menyarankan Pak Lah tolong berundur dengan cara terhormat sebelum dijatuhkan oleh rakyat. Terlalu banyak kesilapan yang Pak Lah lakukan dalam tempoh menjadi PM.
Tiada alasan bagi Pak Lah untuk menutup kelemahannya.kalau benar zaman Tun Dr Mahathir banyak hutang yang telah dibuat, mengapa Pak Lah sanggup menerima jawatan PM.
Mengapa harga minyak perlu naik? Kalau harga minyak dunia naik kita patut bersyukur kerana kita mengeluarkan hasil minyak sendiri. Mengapa perlu tarif elektrik naik? Sepatutnya TNB sudah lama menurunkan tarif kerana sudah lama beroperasi dan tiada hutang aset.
Lihatlah Astro, mula-mula beroperasi memang mahal kerana kos pengendaliannya tinggi, tetapi apabila sudah 10 tahu beroperasi ia menurunkan kadar langganannya kerana bebanan hutang permulaan sudah tiada.
Mula-mula menjadi PM dulu sudah naikkan kadar tol, cukai rokok jangan cakaplah. Suruh pulak JPA kutip hutang yang tak seberapa pada peminjam yang liat membayar dan lepas tu suruh pulak polis dengan Ops Wartanya.
Nampak sangat Pak Lah tidak tahu di mana untuk dapatkan sumber kewangan.
Tolong lah Pak Lah, berundur.
