Sejak timbul isu ketidakpuasan hati Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ada beberapa fakta yang tidak dilupakan dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu?
Pertama, sebagai seorang patriot negara, beliau tidak akan duduk diam kalau dasar dan corak kepimpinan yang ditinggalkannya dibiarkan membawa bahaya kepada negara. Pastinya desas-desus menantu Pak Lah yang didakwa menjadi talibarut Singapura ada asasnya. Siapa yang kenal Dr Mahathir tahu bahawa beliau tidak akan bertindak jika tidak mempunyai asas kukuh.
Kedua, bagaimana beliau boleh berdiam diri sedangkan anggota kabinetpun datang mengadu "Pak Lah was a mistake, Sir". Pastinya itu suatu yang amat pedih bagi beliau.
Ketiga, Dr Mahathir tahu Pak Lah boleh menang dalam undian populariti tetapi masih 'untested' dalam pemilihan Umno. Saya rasa orang UmnoO paling kecewa dengan Pak Lah, terutama dalam melaungkan Islam Hadhari projek dan aset diagihkan kepada Scomi, ECM Libra, Trans Resources dan macam-macam lagi.
Keempat, kemalapan ekonomi juga dikaitkan dengan ketidakupayaan Pak Lah memahami isu-isu asas.
Adakah kita mahu Dr Mahathir berdiam diri dan melihat sahaja kemakmuran dan kemajuan yang dibangunkannya makin hilang sinarnya?
