Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merujuk kepada artikel Sindrom pasca Perdana Menteri (Bhg II) .

Sebagai rakyat biasa yang mempunyai hak untuk bersuara di negara demokrasi ini, saya mahu tahu apakah yang dikehendaki oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembatalan projek jambatan Singapura itu? Apa salahnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menenangkan ketegangan di antara negara ini dengan Singapura?

Pak Lah mahu menjaga maruah negara dengan tidak menjual pasir dan tidak membenarkan ruang udara kita digunakan oleh Singapura. Bukankah Dr Mahathir pernah berbuat demikian semasa pemerintahannya dulu. Saya masih ingat pada suatu ketika, semasa Dr Mahathir pergi ke luar negara, bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran mahu mengistiharkan dasar 'Buy Singapore Last'.

Tetapi apabila kembalinya dari luar negara, Dr Mahathir menafikan pengumuman Anwar itu dengan menganggapnya hanya keputusan peribadi Anwar dan bukannya keputusan kabinet. Kenapa pada ketika itu Dr Mahathir tidak menghormati kenyataan Anwar?

Mungkin sebab beliau tidak mahu hubungan antara kedua-dua makin tegang. Tetapi yang menghairankan kita sekarang, kenapa ketika ini Dr Mahathir mahu melihat kedua-dua negara 'bermusuhan'.

ADS