Most Read
Most Commented
Read more like this

Kalau begini lah prestasi Abdullah Ahmad Badawi alang kah baiknya kalau Tun Ghafar Baba yang amenjadi Perdana Menteri kita ketika ini.

Namun apa hendak dikatakan, Ghafar perlu menemui Allah terlebih dahulu.

Dengan latarbelakangnya yang amat luarbiasa Ghafar mungkin menjadi PM yang lebih baik dari Mahathir dan Abdullah. Orang selalu kata Ghafar tidak punya kelayakan akademik. Soal nya sejak bila kelayakan akademik amat penting untuk menerajui kepimpinan politik.

Perdana Menteri Britain, John Major dan Presiden Ronald Reagan juga tidak punya ijazah. Tetapi dengan sistem Majlis Penasihat Ekonomi dan Majlis Penasihat Hal Ehwal Luar, kedua-dua nya berjaya juga sebagai pemimpin.

Jadi dengan kelayakan yang sedikit, Ghafar akan sentiasa berunding dengan panel penasihat ekonomi dan hal ehwal luar untuk menggubal dasar-dasar negara, bukan secara berunding dengan anak beranak, sahabat handai seperti yang diamalkan pemimpin sekarang.

Apa pun saya menganggap Ghafar punya kelayakan jauh lebih tinggi dari Pak Lah dan menantu nya Khairy lulusan Oxford itu.

Sebagai lulusan SITC, Ghafar bukan pemimpin yang datang dari langit seperti Khairy. Dia bermula dari bawah hingga menjadi Ketua Menteri Melaka, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ghafar tidak pernah mengejar, melobi dan menangis-nangis meminta jawatan-jawatan tersebut seperti yang dibuat oleh beberapa orang menteri.

Berapa orang yang tahu, Ghafar ialah seorang arkitek padang golf. Beliaulah yang merekacipta Padang Golf Ayer Keroh di Melaka dan Padang Golf Rahman Putra di Sungai Buloh.

Merekabentuk se sebuah padang golf bukan seperti membina se buah padang bola. Ia memerlukan kepakaran psikologi, faktor angina, pemeliharaan tumbuhan dan bumi sekeliling dan macam-macam lagi.

Ghafar juga seorang linguis. Katanya pada masa Jepun beliau dapat menguasai Bahasa Jepun dalam beberapa bulan sahaja untuk menjadi jurubahasa.

Ghafar juga se orang pemain golf yang punya handicap bawah 10. Bermain golf juga seperti mentadbirkan negara. Tiap pukulan (dasar) perlu difikirkan dan dinilaikan sebaik-baik nya dan perlu berunding dengan caddy (panel penasihat) supaya bola tidak masuk hutan atau kolam atau lobok pasir atau bunker.

Jika berunding dengan Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong, kita akan boleh berbangga dengan Ghafar kerana bila bersemuka sahaja Lee atau Goh akan gerun dengannya kerana handicap mereka lebih tinggi dari Ghafar.

Jadi untuk pertandingan golf yang lebih seimbang Lee atau Goh akan pasti akan meminta Ghafar memberikan mereka pukulan tambah, kalau tidak Tun Ghafar pasti akan membelasah kedua nya dan kalau bertaruh wang Ghafar akan pasti sapu duit Lee atau Goh.

Jadi di segi rundingan (di kala main golf) dengan Singapura mungkin Tun Ghafar akan lebih bijak lagi dari Dr Mahathir dan Pak Lah.

Pak Lah dan menteri luar Syed Hamid Albar kata nya punya handicap tinggi jadi tidak ada apa yang hendak digerunkan oleh pemimpin-pemimpin Singapura. Tidak ada kelebihan psikologi.

Malangnya rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu tidak diberikan peluang untuk dipimpin oleh Ghafar. Sebagai seorang nasionalis Melayu yang juga cintakan Islam, Ghafar pasti tidak akan membiarkan Bahasa Melayu diperlekeh dan Islam tidak dimakmurkan. Di akhir hayat nya Tun Ghafar sendiri menyuarakan kebimbangan nya dengan malapetaka politik wang dalam Umno. Beliau pernah berkata; "baik lelongkan sahaja tiap jawatan dalam Umno."

Kesimpulan nya, dengan sejarah perjuangannya yang lama, sikapnya yang tidak ada 'gang; dalam Umno dan tidak ada catatan sejarah yang beliau main kotor, menyembah dan menangis minta jawatan, Ghafar boleh dikatakan sebagai 'A good or better or best prime minister the Malaysians never had.'


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS