Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peristiwa 'Mahligai Zakaria' nampaknya sudah hampir tamat, kemuncaknya pada babak beliau melelehkan air mata. Tetapi masih banyak lagi persoalan yang tidak berjawab. Percayalah bahawa peristiwa ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang tindakan kerana dulu, kini dan selamanya memang terbukti begitu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo harus memikul segala tanggungjawab kerana sebagai orang atasan Zakaria, mustahil tidak dapat mengetahui segala yang berlaku lebih awal. Badan Pencegah Rasuah (BPR) seharusnya memanggil Zakaria untuk disiasat pada awal berlakunya peristiwa ini.

Rakyat berhak mengetahui dari mana datangnya sumber kewangan Zakaria yang begitu besar untuk menanggung perbelanjaan sebanyak RM8 juta? Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula menunjukkan kepada rakyat sikap pilih bulunya apabila "orang besar" boleh melakukan kesalahan dan dikecualikan daripada tindakan undang-undang.

Hakikatnya 'Istana Zakaria' tidak dirobohkan dan tindakan undang-undang tidak diambil terhadap dua orang lagi ahli majlis MPK turut membina "rumah haram". Ratusan peneroka bandar hilang tanah simpanan Melayu, dihalau tanpa pampasan yang munasabah, apakah ertinya?

Pemimpin menyeru rakyat ubah cara hidup, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit mengubahsuai kediaman rasmi. Peruntukan kepada orang kurang upaya dan orang miskin diselewengkan untuk kelengkapan pejabat dan kediaman Menteri Besar bagi negeri yang terbabit, dimanakah keikhlasan pemerintah BN terhadap Rakyat?

Maka sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat satu perubahan besar pada pilihanraya akan datang sekaligus menukar sinario ini untuk merintis esok yang lebih cerah.

ADS