Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Teras Pengupyaan Melayu (Teras) prihatin terhadap kesan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika. Pusingan kelima rundingan di Kota Kinabalu sudah tamat.

Walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz memberi jaminan bahawa syarikat Amerika akan hanya menumpukan kepada kontrak berskala besar dalam membida projek kerajaan, namun Teras berpendapat, kesan negatifnya tetap ada terhadap kontraktor tempatan, terutama syarikat bumiputera.

Walaupun syarikat Amerika dikatakan akan mengambilkira keprihatinan kerajaan Malaysia, namun dalam jangka masa panjang, kerajaan tidak mungkin dapat menjamin kesan buruknya terhadap syarikat tempatan, akibat persaingan dengan syarikat Amerika nanti.

Soalnya, ketika kontrak besar akan dikuasai oleh syarikat Amerika, apakah kerja-kerja sub-kontrak akan terjamin diberi kepada syarikat tempatan, khususnya kontraktor bumiputera?

Teras juga tidak yakin bahawa dalam soal pembekalan barangan dan perkhidmatan oleh syarikat Amerika, mereka akan memberi keutamaan kepada syarikat bumiputera.

Realiti yang ada sekarang inipun telah menunjukkan bahawa syarikat bumiputera sering didiskriminasi oleh syarikat bukan bumiputera, apatah lagi syarikat dari luar negara.

Teras berpandangan, sementara Rafidah memberi jaminan bahawa syarikat AS tidak akan menjejaskan syarikat tempatan, namun persoalan pokok ialah perjanjian FTA itu sendiri memberi ruang persaingan untuk syarikat Amerika membida sebarang tender kerajaan.

Kami tidak nampak syarikat-syarikat Amerika akan diminta dikecualikan daripada membida mana-mana projek kerajaan, kecil atau besar, kerana jika ini dilakukan oleh kerajaan Malaysia, maka ia akan dianggap tidak telus dan pilih kasih dan ini tidak dibolehkan dalam FTA yang mengguna prinsip perdagangan bebas.

Satu aspek yang juga harus diingat ialah dalam klausa FTA, istilah "most favored Nation" iaitu jika satu negara diberi keistimewaan oleh Malaysia dalam sesuatu perjanjian perdagangan, maka syarikat Amerika juga perlu mendapat layanan dan taraf yang sama bilamana FTA.

Jadi, bagaimanakah Malaysia dapat menjamin ada sektor yang akan dikecualikan daripada syarikat AS untuk memasuki tender. Sebaliknya, syarikat Amerika akan sentiasa mencari peluang untuk mendapat peluang seluas mungkin dalam apa sahaja projek kerajaan.

Penulis adalah Presiden Teras Pengupyaan Melayu (Teras).

ADS