Terima kasih di atas kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai kemasukan lebih 1,600 pekerja asing sehari ke Malaysia. Berita itu mengejut tetapi ia adalah satu peringatan.
Konsep Tahun Melawat Malaysia gagal mengambilkira pendatang asing yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran dasar kemasukan ke Malaysia dari beberapa negara tertentu.
Kenapa kabinet sendiri tidak menggunakan pekerja tempatan jika mereka benar benar prihatin terhadap rakyat negara ini atau mereka lebih pentingkan kos yang "murah" semata mata.
Apa akan terjadi jika aliran wang keluar ini tidak dikawal? Adakah lebih baik melihat rakyat meminta sedekah dan banyak program menghulur beras di bulan Ramadan daripada program sifar penganggur di negara sendiri?
Apakah yang akan terjadi kepada pertahanan negara jika terdapat lebih dua juta pekerja yang berusia antara 20 dan 40 tahun (umur perkhidmatan tentera) ini bertindak menerima arahan dari kuasa asing?
Jika kerajaan benar benar perpandangan jauh, maka kenapa tidak pernah ada perancangan yang jelas untuk memastikan pekerja tempatan untuk semua sektor pekerjaan termasuk kebersihan dan pembinaan.
Atau memang sikap kabinet bertindak secara ad hoc?
