• Boikot media arus perdana
  • Hasmi Hashim
  • 1196751238
  • Selepas dua siri perhimpunan di Kuala Lumpur, wajah media perdana kembali mirip sekitar awal Reformasi 1998 dahulu dengan laporan yang tidak tepat dan memperbodohkan pembaca.

    Aktiviti demonstrasi - sama ada yang dianjurkan oleh jawatankuasa Gabungan Pilihanraya Bersih (Bersih) pada 10 November 2007 dan Hindraf (Hindu Rights Action Force) pada 25 November 2007, telah diputarbelit.

    Sebagai contoh, kami kecewa dengan api perkauman yang dicetuskan oleh tajuk utama akhbar Utusan Malaysia pada 26 November 2007 yang melaporkan demontrasi Hindraf dengan tajuk "Demontrasi bertukar ganas" dan laporan Berita Harian pada hari yang sama bertajuk "Penyokong Hindraf ganas".

    Merujuk demonstrasi Bersih, ramai sekali rakyat dari seluruh negara melihat bagaimana laporan media perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times bertentangan dengan keadaan sebenar. Beberapa wakil media bebas dan antarabangsa, selain dari pihak kami sendiri, menyaksikan angka tersebut jauh lebih ramai daripada yang dilaporkan media-media berkenaan.

    Apa yang sedang dilakukan oleh media perdana bukan sahaja cuba untuk memperbodohkan rakyat, tetapi juga memberi gambaran yang salah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu media bercakap benar walaupun 'pahit'.

    Kami tidak teragak-agak untuk bersama mengembleng tenaga agar dilancarkan satu kempen "boikot media" demi mempertahankan hak untuk mendapat maklumat yang benar dan saksama di kalangan rakyat. Boikot media arus perdana bermakna menolak sebarang bentuk putarbelit dan pembohongan oleh media perdana.

    Penulis adalah jurucakap Komunite Seni Jalan Telawi (TELAWI)
    • Hindraf rally: Why did 30,000 turn up?
    • Hear us, these are our grouses
    • Take religion out of Hindraf
    • The nation operates on two set of laws
    • Umno's heydays are numbered
    • Hindraf pulls wool over Indians� eyes
    • We are tired of begging
    • Gov't should provide land for places of worship
    • Our November of discontent
    • Is there justification in Hindraf rally?
    • We have reached our breaking point
    • Umno leaders should be charged for sedition too
    • Abim tegur Hindraf, tapi tidak perwakilan Umno
    • Hindraf had sent many memos 'quietly'
    • Nov 25 - the day I opened my eyes
    • Who are the idiots - Johari, Samy or us?
    • BN leaders' reaction to Hindraf rally ridiculous
    • The safety of our children is paramount
    • Surat terbuka kepada Perdana Menteri