Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, pemerintah BN telah menaikkan harga petrol dan diesel paling tinggi dalam sejarah.

Ia akan membebankan majoriti rakyat marhaen dan kesan kenaikannya akan menjurus kepada kenaikan harga barang keperluan harian.

Di saat kenaikan harga minyak global yang tentunya akan menyumbang kepada keuntungan berlipat kali ganda kepada negara kita sebagai pengeksport minyak, BN memilih untuk menyusahkan lagi rakyat.

Penguasa akan terus berkumandang dengan seruan agar rakyat mengikat perut. Sebaliknya penguasa akan terus memunggah kekayaan negara untuk suku-sakat mereka.

Saya menyeru pimpinan Pakatan Rakyat agar segera bertemu untuk menjana satu lagi demonstrasi terbesar sejak perhimpunan Bersih yang bertujuan menunjukkan kepada BN bahawa rakyat adalah kuasa sebenar dalam negara ini.

Kuasa BN tidak wajar dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyusahkan hidup rakyat. Gerombolan manusia wajib menutup jalan-jalan menuju ke loji minyak dalam negara sebagai satu isyarat kemarahan rakyat marhaen!

Saya juga berharap Anwar Ibrahim supaya segera memastikan rencana Pakatan Rakyat menguasai Parlimen tercapai secepat mungkin sebelum kehidupan rakyat marhaen bertambah runcing.

Anwar telah mengulangi janjinya di Sarawak baru-baru ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebaik sahaja beliau menjadi perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS