Saya ingin memperkatakan mengenai Islam hadhari yang dikembangkan oleh perdana menteri kita.
Apa juga dasar yang diperkatakan oleh Islam hadhari itu baik tetapi kenapa perlu ditambah dengan perkara "hadhari".
Saya percaya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan juga kebanyakan orang Islam mahu satu agama dari dahulu hingga sekarang iaitu Islam. Yang kita tidak mahu hanyalah "hadhari".
Pelaksanaannya sama seperti yang dikehendaki oleh Islam.
Kalau kita kekalkan atas nama Islam hadhari, kemungkinan suatu ketika nanti apabila ditanya kepada anak kita: "Kamu beragama apa?"
Mereka akan menjawab: "Saya beragama Islam hadhari".
Ini yang kita khuatirkan akan berlaku kepada anak-anak kita nanti.
Saya berharap mufti Perlis dan mufti Perak faham maksud yang dinyatakan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang serta kumpulan umat Islam yang lain.
