Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li nafi puji barisan kabinet Najib
Diterbitkan:  Apr 11, 2009 10:53 PM
Dikemaskini: Apr 13, 2009 1:49 AM

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memuji barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemas dan berupaya sebagaimana yang dilaporkan media hari ini.

tengku razaleigh 02 Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di ibunegara, beliau berkata, keupayaan kabinet baru itu belum lagi kelihatan dan adalah tidak adil bagi beliau menilai mereka pada masa ini.

"Apapun, kesemuanya adalah berorientasikan prestasi, itu bagus tetapi

biarlah kita melihat mereka selepas enam bulan sama ada mereka berjaya untuk tidak berkhidmat sebagaimana yang mereka yang sepatutnya lakukan," katanya.

Razaleigh berkata adalah menjadi harapan ramai orang, termasuk dirinya, terhadap kabinet baru untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara kerana jika tidak banyak masalah seperti rasuah, ketidakharmonian kaum dan ekonomi tidak dapat ditangani dengan berkesan, lapor Bernama.

Beliau berkata adalah penting untuk mengadakan pembaharuan dasar dan sistem pendidikan terutamanya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Razaleigh berkata PPSMI tidak berjaya terutamanya bagi pelajar luar bandar yang lebih menjadi "mangsa dasar PPSMI".

Mengenai tindakan perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA), beliau berkata langkah itu bagus tetapi mempersoalkan kenapa tidak semua tahanan ISA dibebaskan.

"Kenapa begitu selektif? Membebaskan hanya sebahagian dan tidak kesemua yang lain? Kehidupan rakyat dan kebebasan tidak boleh digunakan sebagai helah politik," katanya.

ADS