Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

eksklusif Warna kulit serta kelicikannya di padang bola membuat beliau digelar sebagai 'Pele Pangkor', begitulah menurut pembantunya. Tetapi itu dulu. Sekarang Datuk Seri Zambry Abd Kadir berdepan dengan 'pergelutan' paling sukar dalam karier politiknya.

zambry abdul kadir interview 200409 10 Beliau bukan sahaja memikul tugas mentadbir negeri, tetapi juga perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat selepas Perak terlepas dari tangan pembangkang dan jatuh ke tangan BN sekarang.

Walaupun BN sehingga ini dilihat menang di mahkamah, tetapi ia masih 'tewas' di mahkamah rakyat.

Keadaan menjadi semakin sukar selepas BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, yang dianggap sebagai satu penolakan rakyat terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak Februari lalu.

Dan yang lebih memedihkan lagi ialah apabila BN tewas kepada tidak lain dan tidak bukan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan BN, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sendiri.

zambry abdul kadir interview 200409 11 Jelas bahawa Zambry tidak bermain di padang yang sama rata dan oleh itu 'Pele Pangkor' itu terpaksa bekerja lebih keras lagi untuk menang.

Malaysiakini menemui menteri besar BN Perak ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengetahui langkah beliau selanjutnya dan bersoal jawab dengannya mengenai kemelut politik di negeri itu sekarang.

Dalam siri pertama ini, Zambry antara lain bercakap mengenai apa yang dijangka apabila sidang DUN Perak bersidang pada 7 Mei depan.

Baca berita penuh

Q&A: It's like a children's story

ADS