Senarai exco dan ketua Pemuda Umno negeri

Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan pelantikan exco pergerakan tersebut dan ketua Pemuda Umno negeri sesi 2008-2011.

Pelantikan itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausa pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

senarai exco pemuda negeri 300409Beliau berharap pelantikan tersebut dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli Pemuda Umno.

Mereka, katanya, diharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi mengembalikan sokongan orang Melayu, khususnya golongan muda kepada Umno dan BN.

Anis adalah ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor,
Abdul Razak (ketua Pemuda Kota Melaka), Khairul Azwan (ketua Pemuda Pasir Salak), Badrol Hisham (ketua Pemuda Kuala Terengganu), dan Mohd Faizal (ketua Pemuda Teluk Kemang).

senarai ketua pemuda negeri 300409

Bagi ketua Pemuda Negeri pula, Mohsin adalah ketua Pemuda Padang Besar, Badrol Hisham (ketua Pemuda Padang Terap), Norman (ketua Pemuda Bayan Baru),
Maslin (ketua Pemuda Kuala Kangsar), Suhaimi (ketua Pemuda Sepang), Rizalman (ketua Pemuda Bandar Tun Razak), Mohd Helmy (ketua Pemuda Rasah), Karim (ketua Pemuda Bukit Katil), Mohd Fadil (ketua Pemuda Air Hitam), Abu Jimi (ketua Pemuda Lipis), Saiful Bahri (ketua Pemuda Marang), Anuar (ketua Pemuda Kubang Kerian) dan
Azman (ketua Pemuda Keningau).
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.