Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: 20 lagi kes baru dikesan hari ini
Diterbitkan:  Jun 29, 2009 6:47 PM
Dikemaskini: Jun 30, 2009 2:33 AM

Sebanyak 20 lagi kes baru Influenza A (H1N1) dikesan hari ini - 16 kes import dan empat kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes tersebut di Malaysia sehingga ini ialah 144 kes - 122 kes import dan 22 kes jangkitan tempatan.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, 20 kes baru hari ini melibatkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh warga asing (1 Vietnam, 1 German, 1 Australia, 1 Jepun, 1 Amerika dan dua Indonesia).

Daripada 16 kes import, mereka telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1), iaitu Australia (6), Indonesia (5), United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

Empat (4) kes jangkitan tempatan melibatkan warga tempatan.

Berikutan meningkatnya kes import dari Indonesia dan Thailand, maka mulai sekarang, semua pelawat dari negara-negara berkenaan akan dibuat pemeriksaan kesihatan sebaik sampai di Malaysia, seperti yang dilaksanakan terhadap pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS