Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon Barisan Nasional dan PAS yang akan berentap di Manek Urai mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza - baik dari segi pekerjaan dan kelulusan akademik.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mempunyai kelulusan pengurusan teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), selain mempunyai pengalaman kerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

tuan aziz tuan mat fauzi abdullah manek urai by election 290609 3 Manakala lawannya Fauzi Abdullah berkelulusan sekolah agama, pekerjaannya pula hanya pemborong ikan di pasar Manek Urai.

Tetapi pilihanraya bukan ditentukan oleh kelulusan dan perkerjaan semata-mata bagi dua calon muka baru tersebut.

Di peringkat awal ini, kedua-dua calon dilihat mempunyai peluang yang seimbang walaupun Manek Urai merupakan kubu kuat PAS.

Tuan Aziz kini mempunyai peluang untuk mengulangi apa yang dilakukan oleh calon BN Mohd Zulkepli Omar yang merampas kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004.

Pengaruh PAS dikatakan merosot atas beberapa faktor, antaranya, isu kerajaan perpaduan yang menyebabkan tercetus ketegangan antara kumpulan pro-Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Persoalan yang timbul, sama ada undi yang diperolehi allahyarham Ismail Yaacon, Mac tahun lepas, akan kekal di tangan Fauzi? Mungkinkah akan ada pengundi Ismail itu akan belot atau sekurang-kurangnya tidak keluar mengundi pada 14 Julai ini.

bm version kerusi dun manek urai 220509 PAS mendakwa Umno menyogok RM300 kepada pemilih Manek Urai yang memboikot proses pembuangan undi pada hari tersebut, yang juga kebetulan hari bekerja.

Jika keadaan itu terjadi, kelebihan akan memihak kepada Tuan Aziz, ketua baru Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

Pemilihan bekas ketua pegawai eksekutif Kesedar itu tidak menjejaskan Umno kerana beliau tidak terlibat dua kumpulan utama di Kuala Krai - ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman dengan bekas ketua Datuk Wan Zaid Abdullah yang masing-masing meletakkan orangnya sebagai calon.

Mengikut seorang ahli jawatankuasa bahagian, kini semua pihak dalam Umno bahagian akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan Tuan Aziz.

“Petugas Umno tidak menunggu arahan untuk bekerja, malah mereka sejak seminggu lalu sudah datang ke Manek Urai untuk menemui pengundi,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

“Saya percaya jika momentum ini dikekalkan, DUN ini akan kembali semula ke pangkuan BN.”

Sementara itu, seorang pemimpin PAS kawasan mengajak BN dan Umno “berkempen secara anak jantan” dan tidak mengadakan provokasi sepanjang kempen pilihanraya kecil Manek Urai.

Zulkifli Yaakob berkata, PAS juga akan berkempen dengan baik di kerusi DUN itu kerana ia menjadi amalan biasa parti Islam itu dalam setiap pilihanraya.

“Jantan lawan jantan supaya pilihanraya kecil ini bersih dari sebarang provokasi dan kejadian yang tidak diingini. Sudah kerap berlaku, Umno yang membuat provokasi tetapi menuduh ahli dan penyokong PAS yang melakukannya,” kata seorang ahli jawatankuasa PAS Kuala Krai.

Zulkifli, yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kelantan, berkata oleh kerana orang dari seluruh negara tertumpu ke Manek Urai, perbuatan provokasi akan lebih mudah berlaku.

Beliau juga mencabar Umno supaya menunjukkan bukti jika ada ceramah-ceramah PAS mengandungi unsur-unsur fitnah dan pembohongan.

“Kita bercakap berdasarkan fakta yang benar, kalau ada yang fitnah, Umno tolong jawab. PAS membawa isu-isu kepada rakyat kerana banyak cerita yang mereka tidak tahu.

“Kita tidak buat cerita kosong kerana penceramah PAS tidak diajar bercakap perkara yang tidak betul,” tambahnya.

Setiap malam mulai hari penamaan calon 6 Julai, Manek Urai akan menjadi fokus utama peminat politik seluruh negara untuk mengetahui kekuatan pengaruh dua parti musuh tradisi itu - khususnya di kawasan pedalaman yang menjadi asas mengukur sentimen pengundi Melayu.

ADS