Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian kaji perincikan lagi isu komunis di sekolah
Diterbitkan:  Jul 9, 2009 4:16 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kesesuaian memperinci sejarah pemimpin dan ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kurikulum sejarah yang akan disemak semula.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini kerana

Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Rendah (Semakan) yang mula dilaksanakan pada 2003 tidak lagi menyentuh kegiatan PKM secara terperinci seperti mana Kurikulum Sejarah semasa Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

"Ini disebabkan adanya teguran dan pandangan daripada individu, ahli politik dan badan-badan berkepentingan yang menyarankan agar kementerian tidak memberi fokus terutama kepada pemimpin PKM dalam teks kandungan sejarah di peringkat sekolah," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Idris Buang pada persidangan

Dewan Negara hari ini yang ingin tahu sama ada mata pelajaran sejarah akan dikaji semula agar memberi maklumat yang betul mengenai bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dan PKM

Idris bekata, pelajar sekolah perlu tahu Chin Peng adalah pengganas berbahaya yang telah membunuh, memperkosa dan menganiaya negara dengan kejam.

Mohd Puad berkata dalam kurikulum tersebut, tajuk berkaitan latar belakang dan ideologi perjuangan PKM memang diceritakan dengan jelas iaitu keburukan, muslihat, kepentingan diri dan keganasan pentadbiran yang menolak proses demokrasi berparlimen dengan Raja-Raja sebagai puncak kedaulatan negara Malaysia.

"Maklumat dan mesej tentang PKM diajar dalam kurikulum Sejarah Menengah Rendah iaitu di Tingkatan 3.

"Kandungannya membincangkan tentang ideologi PKM yang berkonsepkan komunisme dan tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat Malaysia walau siapa pun pucuk pimpinan PKM," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS