Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17 ADUN BN keluar dewan
Diterbitkan:  Jul 15, 2009 3:29 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, mengetuai 17 ADUN BN bertindak keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini kerana membantah usul untuk meluluskan syor hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) ke atasnya dan empat lagi wakil rakyat BN.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam).

NONE JKHK mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana gagal menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Jawatankuasa itu juga mencadangkan supaya empat ADUN itu turut digantung dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di media.

Khir dalam ucapan perbahasannya mengenai usul itu - sebelum keluar dewan - menuduh Speaker Teng Chang Khim tidak adil terhadapnya dan empat lagi rakannya sewaktu pendengaran SELCAT.

Teng, katanya, telah bertindak sebagai "hakim, juri dan algojo" dalam perkara tersebut.

Khir mendakwa demokrasi telah mati di Selangor dan menegaskan sebarang penggantungan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah tidak sah, tercemar dan berniat jahat terhadap mereka.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mahu terbabit dalam keputusan yang didakwanya berat sebelah dan berniat jahat.

Ketika itu, beberapa ADUN Pakatan Rakyat bangun untuk menjawab dakwaan Khir itu tetapi beliau bertindak keluar dewan bersama ADUN BN yang lain.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS