Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Kg Tunku diminta temui SPRM
Diterbitkan:  Jul 16, 2009 11:28 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

lau weng san Menurut kenyataannya, Lau berkata, beliau akan hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi kenyataan tersebut pada jam 1.30 tengahari ini.

Lau adalah salah seorang daripada tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor yang disiasat oleh SPRM dakwaan salah guna wang peruntukan DUN.

Sebelum ini dilaporkan SPRM sedang menyiasat tujuh wakil rakyat Pakatan tersebut berhubung penggunaan dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihanraya masing-masing.

Selain Lau, enam lagi wakil rakyat tersebut ialah Teresa (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain.

Manakala Exco kanan kerajaan negeri, Teresa Kok pula dilaporkan berkata fail-fail berkaitan peruntukan kerajaan negeri kepada setiap wakil rakyat berkenaan, telah diambil oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Galian dua minggu lalu.

Berita lanjut menyusul


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS