HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Pemuda Gerakan terus desak wujudkan '1BN'
Jimadie Shah Othman
Okt 31, 09
2:59pm
Pemuda Gerakan menggesa Barisan Nasional (BN) supaya 'jangan melupakan' cadangan penggabungan semua parti komponennya menjadi sebuah parti besar yang mewakili pelbagai kaum.

gerakan ndc 311009 stage.jpgKetua pergerakan itu, Lim Si Pian berkata, cadangan itu yang dikemukakan oleh Pemuda Gerakan selama dua tahun berturut-turut, telah dilupakan kerana "jatuh ke telinga yang pekak".

"Cadangan ini telah ditolak oleh pemimpim-pemimpin parti komponen atas alasan yang ia tidak praktikal dan belum tiba masanya untuk kita berubah.

"Adakah kita harus tunggu sampai BN kalah di tangan Pakatan sebelum kita mula menerokai cadangan ini," katanya ketika berucap dalam persidangan perwakilan Pemuda Gerakan ke-22 pagi ini.

Lim juga mencadangkan supaya Pemuda BN dapat mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mencari jalan untuk merealisasikan struktur baru BN itu.

gerakan ndc 311009 lim si pin"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini, tetapi sebaliknya membuat persediaan untuk menerokai kemungkinan wujudnya satu parti bersatu seperti itu," katanya.

Lim turut mengambil kesempatan mengkritik beberapa akta kontroversi, antaranya ISA, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Mengimbau kembali demonstrasi besar anti-ISA pada 1 Ogos lalu, Lim berkata, Pemuda Gerakan yang berniat untuk ikut serta sebelumnya "terpaksa memutuskan tali persaudaraan" dengan Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) pada masa itu, atas faktor keselamatan.

"Saya terpaksa memikul beban sehingga ke akhirat jika penyertaan kita di perarakan itu mengakibatkan salah seorang daripada ahli-ahli ataupun penyokong saya dimasukkan ke penjara," katanya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner