Majlis Keselamatan Negara tekan DO?
Salhan K Ahmad
Nov 12, 09
6:53pm
Seorang ADUN Selangor mendakwa wujudnya tekanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu, yang dikatakan berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Wakil Hulu Kelang, Saari Sungib mendedahkan perkara itu melalui sepucuk surat sulit yang dikatakan dihantar oleh badan tertinggi keselamatan negara itu kepada dua orang pegawai daerah - yang dinyatakan.

"Kenapa ia hantar pada 9 Oktober? Sebab dua hari lepas itu pilihan raya kecil Bagan Pinang," kata Saari ketika membahaskan Bajet 2010 negeri itu dalam persidangan DUN Selangor hari ini.

Katanya lagi, selain pegawai daerah tersebut, surat berkenaan juga diketahuinya dihantar kepada pegawai-pegawai lain yang menghadiri sesi siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Saari menjelaskan, kandungan surat bertarikh 9 Oktober itu tersebut antara lain meminta penerima surat berkenaan mengemukakan maklum balas berkenaan beberapa soalan.

Katanya lagi, soalan-soalan berkenaan merupakan soalan umum untuk mengetahui pandangan penerima surat tersebut ke atas sesi Selcat dan juga ke atas Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim serta exco hal-ehwal Islam negeri Datuk Dr Hasan Ali.

"Kita tidak tahu ini berlaku di depan mata kita, tapi ini menyebabkan mereka tertekan daripada bekerjasama dengan kita," kata wakil rakyat PAS itu lagi.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner