Kedah kaji semula lesen mahjung
Nov 23, 09 4:49pm
Kerajaan Kedah tidak bercadang meluluskan secara otomatik pembaharuan lesen mahjung kepada persatuan-persatuan yang telah diberi lesen, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, kelulusan memperbaharui lesen itu hanya akan dibuat selepas pihaknya berbincang dengan Jawatankuasa Hiburan Pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan Kedah merasakan mahjung sebahagian judi kerana menggunakan duit semasa bermain. Sebab itu kita bercadang mengkaji semula pembaharuan lesennya," katanya apabila diminta mengulas pertanyaan lisan ADUN Sidam, Tan Joo Long, semasa persidangan dewan itu semalam.

Azizan ditemui pemberita selepas menyerahkan 346 ekor lembu qurban kepada pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan dan pejabat agama negeri di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar hari ini.

Menurutnya, kajian itu untuk kebaikan semua orang bagi mencegah masyarakat mengambil jalan mudah mendapatkan duit berikutan pihaknya menerima banyak rungutan akibat permainan berunsur perjudian.

"Kalau boleh kita tidak mahu rakyat berjudi kerana secara tidak langsung mereka akan berhutang dengan Ah Long. Nanti anak bini teraniaya," tambahnya.

Beliau berkata kerajaan mungkin menimbang memberi lesen mahjung kepada persatuan Cina sahaja tetapi ia tetap bergantung kepada hasil perbincangan dan kajian.

Menurut Azizan, walaupun kaum Cina dan India tidak melarang masyarakatnya berjudi perkara ini tetap harus dibendung kerana ia mendatangkan kesan buruk ke atas institusi keluarga.

Mengenai lembu qurban, beliau berkata haiwan itu disumbangkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) bertambah 100 peratus dari tahun lepas. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner