Remaja mati ditikam abang isu kunci motosikal
Nov 23, 09 4:56pm
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun mati, dipercayai selepas ditikam oleh seorang saudaranya yang berumur 24 tahun di kawasan perumahan Tudan kira-kira 20 km dari Miri, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaludin Ibrahim yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah malam di bilik tidur Servester Budit.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku akibat pertengkaran apabila suspek dipercayai menuntut supaya Servester mengembalikan kunci motosikalnya, namun Servester menafikan yang beliau mempunyai kunci itu.

Katanya, suspek kemudiannya meninggalkan bilik tidur itu sebelum kembali beberapa minit kemudiannya bersama dengan sebilah pisau, dan beliau kemudiannya dipercayai menikam Servester di bahagian kepala.

Servester kemudiannya dibawa oleh anggota keluarganya ke hospital Miri, namun beliau disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Jamaludin berkata polis menahan suspek di sekitar Tudan pada kira-kira pukul 3 pagi, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner