Pengurusan baru 'ceriakan lagi' Bernama TV
Nov 24, 09 12:32pm
Bernama TV akan menjadi satu entiti yang lebih berdaya maju di bawah pengurusan baru yang mengambil alih operasi saluran
berita 24 jam itu, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beberapa perubahan dan pembaharuan bakal dilakukan bagi menarik lebih ramai pengiklan membeli masa siaran di Bernama TV.

Katanya, pemegang saham yang baru Bernama TV diharap mampu menjayakan saluran televisyen 24 jam itu supaya tidak dibebani hutang.

"Dengan kekukuhan kewangan, entiti ini akan lebih fleksibel menayangkan apa yang perlu untuk membina masyarakat di Malaysia dan negara kita," katanya ketika menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan peranan Bernama TV sebagai suara kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan dan perpaduan, khususnya mengembangkan gagasan 1Malaysia.

Salang berkata Bernama TV menyediakan satu lagi saluran tambahan selain TV3 dan RTM serta mengisi kekosongan yang memberikan berita dan informasi terkini selama 24 jam kepada rakyat.

Katanya, Bernama TV mencipta niche atau kelebihan tersendiri kerana ia merupakan satu-satunya saluran yang menyediakan berita 24 jam.

"Masyarakat kini mahukan informasi atau berita yang tepat dan cepat. Melalui Bernama TV, mereka tidak perlu menunggu waktu tertentu untuk mendapatkan berita terkini," katanya.

Salang berkata Bernama TV turut menjayakan agenda pembangunan, menyeimbang serta memperkukuhkan gagasan 1Malaysia selain menyiarkan berita-berita yang benar, sahih, telus dan terkini.

"Berita-berita yang sensasi dan provokasi tidak akan diberi ruang kerana ia akan menjejaskan matlamat 1Malaysia," katanya.

Kepada soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengapa Bernama TV mengalami kerugian, Salang berkata ia mengalami kerugian kerana kos operasi lebih daripada pendapatan pengiklanan yang diperoleh.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya percaya pemegang saham baru akan dapat "menceriakan lagi Bernama TV".

"Saya percaya dengan agihan masa tayangan Bernama TV, akan menarik lebih ramai menonton, seterusnya pengiklan untuk menempah airtime.

"Sebelum ini, Bernama TV hanya menumpukan kepada berita dan talkshow sahaja, tetapi kini tidak lagi, kita akan ada berita, talkshow, fesyen, hiburan dan dokumentari yang menarik," katanya. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner