Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin jumpa Chua, Liow malam tadi
Diterbitkan:  Nov 24, 2009 1:53 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan pemimpin dua puak yang bertelagah dalam MCA, dalam usaha menamatkan krisis kepimpinan dalam parti itu.

Mesyuarat tersebut dihadiri timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak hadir kerana menghadiri urusan rasmi di luar negara.

Menurut Chua, ketiga-tiga puak - termasuk Ong - bersetuju untuk mengadakan pemilihan parti yang baru tetapi tidak sekata mengenai bila ia hendak diadakan.

Liow mahu pemilihan itu diadakan bulan depan atau selewat-lewatnya Januari 2010. Chua pula berkata ia lebih sesuai diadakan Mac tahun depan. Ong bagaimanapun, mahu ia diadakan enam hingga lapan bulan dari sekarang.

Tiga puak tersebut masih belum mencapai kata sepakat, kata Chua dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MCA hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, dijangka bertemu lagi dengan ketiga-tiga puak terbabit selepas Ong pulang dari seberang laut.

Dalam pertemuan malam tadi, Chua berkata beliau juga telah mencadangkan kepada Muhyiddin supaya Liow membatalkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadualkan diadakan Sabtu ini.

Beliau juga mencadangkan supaya semua pihak menghentikan perang mulut dalam media dan dikekalkan status quo dalam parti tersebut.

Berita lanjut menyusul]

ADS