Amaran angin kencang, laut bergelora kategori satu
Nov 30, 09 8:41pm
Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melanda perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) akan berterusan sehingga esok.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan itu bermula 4 hingga 6 Disember ini.

Sehubungan itu kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning yang dijangka turun di beberapa daerah di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) selain di Terengganu dan Johor.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2 Disember ini.

Kenyataan itu turut memberi amaran hujan lebat dari satu masa ke satu masa dan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Sementara itu ribut petir yang berlaku di perairan Johor barat, Johor timur, Pahang, Terengganu, Bunguran, Condore dan Reef North dijangka berterusan sehingga malam ini.

Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner