Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Tiada rombakan kabinet
Diterbitkan:  Dec 5, 2009 9:41 PM
Dikemaskini: Dec 6, 2009 9:03 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan akan melakukan rombakan kabinet tetapi membayangkan akan berlaku sedikit perubahan di kalangan timbalan menteri dalam kabinetnya.

"Dalam pada itu ada juga beberapa perkara di peringkat timbalan menteri yang saya perlu lihat secara detail lagi," katanya, lapor Bernama.

Beliau tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu tetapi Najib mengesahkan malamtadi bahawa Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib telah menyatakan hasratnya kepada beliau untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan.

Najib berkata walaupun rombakan kabinet merupakan kuasa mutlak seorang perdana menteri tetapi ia bukan boleh dibuat sesuka hati.

Katanya, kabinet yang ada kini masih baru dan hanya berusia tujuh bulan sejak beliau dilantik menjadi perdana menteri.

"Kalau kita buat rombakan terlalu kerap ia akan menjejaskan kemampuan menteri-menteri untuk menjalankan kerja sebab pertukaran yang melibatkan tempoh masa yang pendek ini boleh mengganggu kelicinan pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Kejohanan Badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di Seremban hari ini.

"Saya belum fikir lagi...rombakan kabinet boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi pada masa sekarang tidak perlu kerana kabinet sekarang ini baru sahaja dibentuk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai khabar angin yang bertiup kencang di kalangan ahli politik bahawa Najib akan melakukan rombakan kabinet pada pertengahan Disember ini.

Najib bagaimanapun memberi gambaran bahawa akan berlaku sedikit perubahan di kalangan Timbalan-timbalan menteri dalam kabinetnya.

"Dalam pada itu ada juga beberapa perkara di peringkat timbalan menteri yang saya perlu lihat secara detail lagi," katanya.

Beliau tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu tetapi Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dilaporkan telah menyatakan hasrat beliau kepada perdana menteri untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan.

Najib berkata walaupun rombakan kabinet merupakan kuasa mutlak seorang perdana menteri tetapi ia bukan boleh dibuat sesuka hati.

Sebarang rombakan yang dibuat adalah untuk kebaikan dan penambahbaikan kepada pentadbiran sesebuah kerajaan, kata beliau.

Jika ada pun, adalah tidak elok untuk beliau memberi tempoh masa atau sebarang petanda mengenai sebarang rombakan tetapi ia tidak mungkin berlaku dalam tempoh terdekat ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS