Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kereta terbakar: ADUN Tioman, keluarga cedera
Diterbitkan:  Dec 17, 2009 5:23 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

ADUN Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat Pekan, semalam.

Isterinya Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail, 9, Amirah Balqis, 7, Mohd Mikail, 6, dan Mohd Atid, sembilan bulan, serta anak saudaranya Mohd Harun Hamili, 8, turut mengalami kecederaan ringan.

NONE Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari (foto) yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya.

Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara-mara yang turut berkonvoi dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS