Sebanyak 18 daripada 86 projek infrastruktur kesihatan di seluruh negara bernilai RM5 juta gagal siap seperti yang dirancang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kelewatan melaksanakan projek-projek itu disebabkan oleh ketidakupayaan kontraktor dan masalah tanah, katanya selepas melawat tapak projek Klinik Pergigian Jalan Rasah di Seremban hari ini.
"Kementerian memandang serius dengan apa yang berlaku," kata Liow.
Beliau berkata kontraktor yang terlibat akan dikenakan denda harian sehinggalah mereka menyiapkan projek berkenaan.
Liow uga berkata farmasi di klinik kerajaan kini mampu mencapai 92 peratus kejayaan dalam memenuhi keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
"Tetapi, melalui pemerhatian saya dalam lawatan ke klinik-klinik kesihatan, didapati ada peningkatan di mana kebanyakannya mengambil masa kurang daripada 30 minit," katanya. BERNAMA
