Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat bayi dicampak dalam tong sampah
Diterbitkan:  Dec 30, 2009 3:02 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat bayi perempuan itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh pekerja terbabit yang terus melaporkannya kepada polis.

"Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Azisman berkata, polis kini sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan sehingga kini belum ada suspek yang ditahan.

Sehubungan itu, Azisman meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di talian 05-24 51 500 untuk membantu siasatan. BERNAMA

ADS