Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peragut emas terima padah - ditembak di leher
Diterbitkan:  Jan 5, 2010 9:16 AM
Dikemaskini: 1:17 AM

Kejadian ragut rantai emas dari sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya hari ini berakhir dengan tragedi apabila peragut terbabit ditembak mati oleh pengawal keselamatan kedai itu.

Lelaki berumur 29 tahun itu yang cuba melarikan diri melalui pintu kecemasan kebakaran telah ditembak di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah berkata pencuri itu masuk ke kedai emas itu kira-kira 4 petang dengan berpura-pura mahu membeli barangan kemas.

"Dia telah melihat beberapa barangan kemas sehingga dia temui satu barangan kemas yang diingininya. Dia tiba-tiba meragut barangan kemas itu dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di pusat beli-belah Sunway Pyramid semalam.

Menyedari kejadian itu, pengawal keselamatan berumur 20 tahun itu mengejar suspek dan disusuli dengan pergelutan.

Semasa pergelutan itu, suspek cuba merampas senapang .38 calibre daripada pengawal keselamatan itu tetapi gagal.

Suspek kemudian berlari ke arah pintu kecemasan kebakaran dan ketika itu pengawal keselamatan itu melepaskan tembakan ke arahnya.

"Rantai emas berharga kira-kira RM3,000 itu ditemui dalam poket suspek bersama-sama dengan kad pengenalannya," kata Omar.

Beliau berkata si mati tidak mempunyai rekod jenayah.

- Bernama

ADS