Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasat jika ada unsur politik'
Diterbitkan:  Jan 12, 2010 3:47 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Sekumpulan peguam dari Sarawak hari ini menggesa supaya dijalankan siasatan bebas terhadap kemungkinan wujudnya elemen politik yang memainkan peranan dalam insiden serangan ke atas gereja baru-baru ini.

NONE Diketuai Chong Chien Jen yang juga ahli parlimen DAP bagi Bandar Kuching, mereka turut membidas kementerian keselamatan dalam negeri yang didakwa gagal menangani isu itu dengan berkesan.

"kita mengecam sikap 'double standards' yang diamalkan oleh kementerian dalam negeri yang tidak menghalang demonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi (mengenai isu Allah)," katanya dalam satu sidang akhbaradi luar kompleks makamah Kuching.

Mereka yang menyokong keputusan tersebut, menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan seumpama itu yang boleh dianggap menekan bidang kehakiman.

Di samping itu, mereka juga menggesa supaya ditubuhkan majlis antara agama dan mengadakan dialog antara agama untuk memupuk sikap tolak ansur dalam soal agama dan menjamin keamanan.

NONE Mereka juga menegaskan bahawa semua bangsa mempunyai hak untuk menyebarkan agama sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald , boleh menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kementerian dalam negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut, sementara menunggu rayuan didengar.

Sejak Jumaat lalu, sembilan gereja menjadi mangsa serangan bom api dan perbuatan vandalisme di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Bagaimanapun, menurut polis, insiden di Sarawak - di mana sebuah gereja dibaling dengan batu - dipercayai perbuatan budak-budak nakal.

ADS