Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo di Putrajaya: 2 pelajar, wartawan ditahan
Diterbitkan:  Jan 15, 2010 4:18 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Dua pelajar dan seorang wartawan ditahan sewaktu demonstrasi membantah penggunaan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus di depan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang ini.

Mereka ditahan kerana tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai. Kira-kira 50 pelajar menyertai demonstrasi itu selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Tiga pelajar terbabit ialah Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM).

Sementara wartawan akhbar rasmi PAS - Harakah - Zainulfaqar Yaacob turut ditahan kerana disyaki sebagai ‘pelajar yang menyamar sebagai wartawan'.

Mohd Shahruddin bagaimanapun dibebaskan sejurus selepas itu tanpa direkodkan keterangannya.

Manakala Shazni Munir dan Zainulfaqar dibebaskan kira-kira jam 7 petang ini setelah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya Presint 7.

Menurut Zainulfaqar, mereka berdua disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Seramai 30 anggota polis hadir mengawal sekitar tersebut.

Perhimpunan pelajar hari ini, antaranya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu mengandungi empat tunututan, iaitu:

1. Mengembalikan demokrasi di kampus.

2. Menjamin satu pilihan raya kampus yang adil dan bersih

3. Mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik.

4. Memansuhkan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.

Baca berita penuh

ADS