Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 3 Februari ini bagi memutuskan hak penjagaan tiga anak Indira Gandhi ( bawah ), 35, dan suaminya yang memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40.
Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan demikian selepas bersama bersama tiga kanak-kanak itu kira-kira 10 minit dalam kamarnya pagi tadi.
Peguam Mohd Ridzuan, Mohd Faizal Che Yusof, berkata Wan Afrah hari ini hanya mahu bercakap sendiri dengan ketiga-tiga anak berkenaan untuk memastikan beliau membuat keputusan yang tepat.
Anak sulung pasangan itu, Ummu Salamah, 13 dan anak kedua mereka, Abu Bakar, 12, kini tinggal bersama Indira di Ipoh. Anak ketiga mereka pula Ummu Habibah, 2 tinggal, bersama Mohd Ridzuan di Kota Bharu, Kelantan.
