Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM dakwa Malaysia tak pernah abai isu hak asasi
Diterbitkan:  Jan 22, 2010 4:43 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu hak asasi di Malaysia perlu dinilai secara adil kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan isu tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuk membabitkan keagamaan di negara ini.

Malaysia telah melakukan terbaik

"Kita telah melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Masjid Assyakirin di Bintulu hari ini.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin Muhyiddin berkata kadang kala penilaian hak asasi di negara ini dinilai melalui persepsi semata-mata dan ini menimbulkan salah tasfiran.

Human Right Watch di dalam laporannya yang dikeluarkan semalam mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan sekarang telah mungkir janji untuk melindungi kepentingan rakyat dan masih lemah menangani isu hak asasi manusia.

Laporan 612 muka surat tersebut mendakwa kepimpinan sekarang  menindas pembangkang, menyekat hak kebebasan bersuara dan memberi layanan buruk kepada pendatang asing.

    

- Bernama

   

ADS