Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM akan lawat Batu Caves menjelang Thaipusam
Diterbitkan:  Jan 27, 2010 5:58 PM
Dikemaskini: Jan 28, 2010 2:29 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan bersejarah ke Batu Caves pada petang menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh rakyat Malaysia beragama Hindu Sabtu ini.

thaipusam clean up 160209 after 1 Ketika mengesahkan perkara ini, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata Najib dijadual berada di kuil Batu Caves di mana lebih daripada sejuta orang Hindu akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam, pada malam Jumaat ini.

Lawatan itu akan menjadikan Najib Perdana Menteri kedua dalam sejarah negara ini untuk melawat tempat suci kaum Hindu itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.

Bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein adalah Perdana Menteri pertama melakukan lawatan itu lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada Najib akan menyampaikan ucapan pada sambutan itu.

- Bernama 

ADS