Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Allah: Anwar 'burukkan' imej negara
Diterbitkan:  Jan 28, 2010 10:31 AM
Dikemaskini: 2:43 AM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana dikatakan memberi gambaran tidak tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya dalam akhbar luar bagi tujuan politik.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras, berkata Anwar juga sedang giat melobi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara untuk memburukkan imej kerajaan berhubung isu kalimah Allah.

“Perbuatan beliau bersekongkol dengan negara luar termasuk media asing amat membimbangkan kerana apa yang sebenarnya berlaku di negara ini berhubung isu kalimah Allah telah diputarbelitkan,” kata beliau dalam blognya.

Metro Tabernacle church after the firebombing Katanya Penasihat PKR itu menuduh kononnya kerajaan gagal menangani isu serangan ke atas beberapa gereja Kristian dan rumah ibadat agama lain tiga minggu lalu.

“Tindak-tanduk itu merupakan satu pengkhianatan dan memberi gambaran seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokong UMNO telah menzalimi kaum minoriti di negara ini,” tegasnya.

 

Beliau mengulas artikel Anwar dalam The Wall Street Journa l yang bertajuk “ Muslim Have No Monopoly over Alla h” (Orang Islam Tidak Mempunyai Monopoli terhadap Allah) baru-baru ini.

Beliau juga kesal Anwar menuduh pemimpin UMNO dan akhbar arus perdana bertanggungjawab memperbesar-besarkan pelbagai isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politk.

Mengulas kejadian dua masjid di Petaling Jaya dilempar kepala babi hutan, awal pagi semalam, beliau berkata walaupun perbuatan itu menimbulkan kemarahan orang Islam, mereka perlu rasional dan menyerahkannya kepada pihak polis menangani kejadian tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu bagi kepentingan politik.

- Bernama

 

ADS