Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuala Sepetang: Perak segerakan proses hak milik
Diterbitkan:  Jan 28, 2010 3:25 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Kerajaan Perak akan memastikan proses pemberian hak milik tanah rizab keretapi di Kuala Sepetang yang dilepaskan oleh kerajaan Persekutuan, kepada penduduk yang tinggal di situ dapat diselesaikan dengan segera, kata Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkat NONE a Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan membuat bancian terbaru mengenai penduduk di situ serta proses lain seperti membuat bahagian lot-lot tanah tertentu sebelum diberi hak milik.

"Selain itu kita juga akan berbincang mengenai proses penyerahan seterusnya dengan melibatkan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api (PAK) selaku pentadbir tanah terbabit.

"Kerajaan negeri akan memberi hak milik tanah kepada penduduk selepas kawasan itu tidak lagi diwartakan sebagai aset kerajaan di bawah PAK dan pemberian hak milik itu akan dilaksanakan oleh UPEN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Greentown di Jalan  Hospital di Ipoh hari ini.

Beliau berkata keputusan kerajaan Persekutuan itu adalah hasil siri

perbincangan dan rundingan dengan kerajaan negeri yang mengambil masa kira-kira lima bulan selepas berjanji untuk menyelesaikan isu tanah yang melibatkan kira-kira 300 penduduk di Kuala Sepetang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Mac tahun lalu.

   

ktm land sungai siput perak protest 070709 08 Kebanyakan penduduk yang tinggal di tanah berkenaan yang sebelum itu dibina landasan kereta api menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping bekerja sebagai nelayan.

Ada antara penduduk yang menghuni tanah tersebut selama empat generasi dan membayar sewa tahunan kepada KTMB dan Perbadanan Pengurusan Aset Kereta Api tetapi bilangan penduduk sebenar tidak dapat ditentukan kerana ada yang tidak membayar sewa.

Zambry turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanah rizab landasan keretapi itu. Ini adalah  hasil siri perbincangan dan rundingan yang diusahakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di Kuala Sepetang. Itulah janji yang kita  kotakan," katanya.

Semalam, Jemaah Menteri bersetuju tanah rizab keretapi di antara Taiping ke Kuala Sepetang seluas 94.5 hektar dilepaskan kepada kerajaan negeri Perak.

  

Keputusan itu diambil memandangkan tanah berkenaan tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi keretapi sejak tahun 1941.

Kerajaan negeri turut bersetuju untuk membuat pembayaran kira-kira RM38 juta kepada kerajaan Persekutuan melalui perbadanan itu selaku pentadbir tanah terbabit.

- Bernama

  

ADS