Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan rasis, Nasir Safar mohon maaf
Diterbitkan:  Feb 4, 2010 6:49 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung satu kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman.

NONE Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Nasir berkata beliau sedar mengenai pelbagai reaksi selepas ucapan yang dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada Selasa lalu.

"Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan saya telah meminta maaf atas sebarang kesalahan,"

katanya.

Nasir berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengambil tanggungjawab akibat isu itu.

NONE "Di sini, saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataan tersebut yang dianggap perkauman, sesungguhnya saya tidak bersikap demikian," katanya.

Nasir berkata beliau yakin gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib merupakan pendekatan yang dapat membawa kesejahteraan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS